Dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘mastermind’ dan ‘storekeeper’ diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM7.6 juta di sebuah kondominium mewah di Cheras, Kuala Lumpur 14 Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, tangkapan ke atas dua suspek berusia 26 dan 41 tahun itu adalah hasil serbuan pihaknya di sekitar Lembah Klang.
Sindiket itu dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan meeka menjadikan kediaman tersebut sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran khususnya di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, setakat ini sebanyak tiga premis mewah dikenal pasti disewa RM2,500 sebulan bagi menempatkan dadah yang dibawa masuk dari Myanmar.
Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.