KLIP Hadir Bersama Manfaat – Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan
Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP), Melaka bakal membawa pelbagai manfaat menerusi projek yang dilancarkan termasuk 10,000 peluang pekerjaan.
Peluang pekerjaan itu merangkumi semua sektor serta menjana ekonomi penduduk sekitar, rakyat tempatan dan semua yang berkenaan.
KLIP semalam mengumumkan pembinaan pelabuhan tercanggihnya dengan kemudahan terbaik pada majlis pecah tanah, sekaligus menandakan lonjakan ke arah menjadi hub penting untuk perdagangan antarabangsa.
Majlis yang diadakan di sini hari ini, telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, orang-orang kenamaan, pegawai kerajaan, pemimpin dan pemain industri.
Projek yang dijadualkan siap dalam tempoh 42 bulan, KLIP merancang untuk mengubah Kuala Sungai Linggi menjadi Hub Perindustrian Global Hijau untuk Sumber Tenaga, Pelabuhan dan Perkhidmatan Maritim.
Rancangan pembangunan termasuk pembinaan simpanan tangki, limbungan kapal, industri berat limbungan fabrikasi, kawasan pengendalian kargo yang kukuh, dermaga, dan kemudahan gudang dengan anggaran kos RM15 bilion.
KLIP juga berbesar hati mengumumkan permulaan kontrak yang diberikan kepada China Harbour Engineering Co Limited (CHEC) dengan nilai RM760 juta. Jumlah kos penambakan projek ialah RM1.39 bilion di pulau seluas 620 ekar itu.
Bersandarkan kepada Kos Pembangunan Kasar (GDC) yang dianggarkan RM15 bilion dan Pembangunan Kasar Nilai (GDV) diunjurkan bernilai RM100 bilion, KLIP bersedia untuk menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) daripada pendapatan pertukaran projek asing dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada industri tempatan.
Sebagai pelabuhan persendirian KLIP mentakrifkan semula piawaian kemudahan pelabuhan dengan menggabungkan teknologi canggih, amalan mampan dan penyelesaian logistik yang cekap.
Lokasi strategik di sepanjang Selat Melaka meletakkan KLIP di persimpangan laluan
perkapalan utama dan mewujudkan hubungan penting untuk perdagangan antarabangsa antara Asia, Eropah dan Timur Tengah.
Pengerusi Eksekutif KLIP, Tan Sri Datuk Seri Dr Noormustafa Kamal Yahya dalam
ucaptamanya, menzahirkan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada kerajaan persekutuan dan negeri, komuniti tempatan dan rakan kongsi perniagaan.
Beliau menekankan komitmen KLIP terhadap piawaian inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan kelestariannya sejajar dengan usaha global untuk mengurangkan jejak karbon operasi maritim.
Kami bukan sekadar membina pelabuhan tetapi juga sedang membina simbol kemajuan, kerjasama, dan inovasi dalam ekosistem maritim yang merangsang pembangunan ekonomi serta mewujudkan peluang untuk generasi akan datang,” katanya.
Kemudahan terkini akan direka bentuk untuk menampung simpanan tangki dalam mengendalikan pukal cecair kargo, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Gas Asli Cecair (LNG) serta kawasan khusus untuk pembaikan dan baik pulih penyelenggaraan kapal (MRO).
Pelabuhan tersebut dibina untuk melaksanakan teknologi canggih seperti tenaga hijau, sistem logistik pintar dan ketepatan masa untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dan mengurangkan masa pemulihan. Projek ini akan mewujudkan sehingga 10,000 peluang
pekerjaan mahir dan menyumbang ke arah sosial pembangunan komuniti.
Apabila siap menjelang 2027, fasa pembinaan KLIP bersedia untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, pengembangan perdagangan dan inovasi teknologi di rantau ini.
Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi merupakan Pelabuhan Perindustrian, Hub pertahanan dan Pelabuhan Perlindungan pada paras air pelabuhan Kuala Sungai Linggi. KLIP, sebagai pelabuhan persendirian bertujuan untuk mentakrifkan semula piawaian kemudahan pelabuhan dengan menggabungkan teknologi canggih, amalan mampan dan penyelesaian logistik yang cekap.
Lokasi strategik di sepanjang Selat Melaka meletakkan KLIP di persimpangan laluan perkapalan utama, mewujudkan hubungan penting untuk perdagangan antarabangsa antara Asia, Eropah dan Timur Tengah. – THE VOKAL