‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
Jika mahu melayan tekak dan selera dengan lebih premium pada harga berpatutan, anda wajar memilih sajian makan malam “King of Grill BBQ Buffet Dinner” di The Pearl Kuala Lumpur.
Tumpuan tama semestinya ialah aneka hidangan di ruangan King of Grill dengan pelbagai pilihan seafood yang diperap menggunakan ramuan istimewa dan dipanggang dengan sempurna yang pastinya akan menambat selera anda!
Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan istimewa untuk dipilih, semuanya sudah tersedia untuk dinikmati.
Antara menu seafood Grill yang wajib anda cuba ialah Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels, Chicken Beef sausages yang digrill dengan sempurna.
Selain daripada hidangan seafood segar yang digrill sempurna, The Pearl juga turut menyajikan sajian Jepun yang lazat seperti Live cooking Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza.Turut disediakan ialah aneka pembuka selera, aneka salad, oyster segar, Pizza, menu utama, pencuci mulut dan banyak lagi.
Selain itu, menu yang wajib dicuba dan menjadi pilihan ramai termasuklah Japanese culinary spread, Satay celup counter, Noodle station, Oriental corner, Fresh oyster, poached prawns, Green Mussel, White Clam, Crab, Portugese-style grilled whole fish , Chicken satay pizza, classic Hawaiian pizza dan Vegetarian pizzaIstimewanya BBQ Buffet ini menawarkan harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM118+ seorang!
Manakala kanak-kanak (4-12 tahun) berharga hanya RM68+.Bukan itu sahaja, anda boleh raikan hari jadi anda atau insan yang tersayang secara percuma.
Manakala kanak-kanak boleh menikmati hidangan ini secara percuma bagi setiap pembelian dua dewasa.
Tidak lupa juga warga emas atau pelanggan yang berusia 60 tahun dan ke atas termasuk orang kurang upaya akan menikmati diskaun sebanyak 20%.
Di samping itu, tawaran menarik juga diberikan sekiranya anda datang bersama rakan-rakan seramai 4 orang atau lebih sewaktu bulan kelahiran anda.Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-7983 1111 atau WhatsApp ke 016 331 9375 – THE VOKAL