Legenda bola sepak negara era 1970-an, Khalid Ali yang bersama skuad Harimau Malaya pada kelayakan Sukan Olimpik 1980 di Moscow meninggal dunia hari ini.
Allahyarham yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.05 petang tadi.