Kelab Arab Saudi, Al Nassr Sedia Labur RM99 Bilion Sambar Mbappe Dan Neymar Daripada Pasukan PSG
KUALA LUMPUR – Kementerian Sukan Arab Saudi akan menyediakan £17 bilion (RM99 bilion) untuk perpindahan ke Liga Pro Saudi antara sekarang hingga 2030.
Peruntukan mewah itu termasuk dalam misi meminang tiga binta bola sepak dunia iaitu Kylian Mbappe, Neymar dan Luka Modric.
Kesemua perancangan itu adalah sebahagian daripada perancangan tujuh tahun kelab negara itu.
Mbappe dilaporkan menerima bidaan RM1.5 bilion untuk pemain Perancis itu dari Al-Hilal yang juga juara Arab Saudi 18 kali.
Kelab itu turut menawarkan Mbappe tawaran menarik bernilai RM3.5 bilion setahun, yang akan menjadikannya bintang sukan meraih bayaran tertinggi sepanjang zaman.
Perbelanjaan itu tidak akan terhenti di situ dengan Jacobs melaporkan Neymar dan Luka Modric juga menjadi sasaran pada musim panas ini.
Laporan mendakwa Neymar boleh memperoleh RM1 bilion setahun jika dia berhijrah, dengan Al-Hilal dikhabarkan merancang bidaan RM222 juta untuk pemain Brazil itu.
Al-Hilal turut menyasarkan Modric dengan perjanjian RM995 juta dan mereka boleh bercita-cita tinggi untuk melakukan perpindahan untuk Robert Lewandowski tahun depan. – THE VOKAL