Jumpa Di Padang Mahsyar – Rita Jawab Soalan Tentang Bapa Kepada Anaknya
Rita Rudaini antara aktres yang cekal dalam membesarkan dua anak lelakinya sejak mereka kecil meskipun bergelar ibu tunggal.
Malah ramai termasuk peminat menjadi saksi susah senang pelakon serba boleh itu memastikan kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, membesar dengan sempurna.
Seperti selalu, pelakon berasal dari Perlis itu akan berkongsi rutinnya bersama anak-anak di laman sosial Instagram miliknya yang pasti mendapat reaksi peminat.
Terbaharu, perkongsian Rita menghantar anak sulungnya Rayyan pulang ke asrama selepas sesi persekolahan 2024 dibuka baru-baru ini mencetuskan persoalan daripada seorang netizen.
Jawapan yang diberikan pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mendapat respons oleh pengikutnya yang rata-rata menyokong dan kagum dengan kecekalannya membesarkan anak sendirian.
Rita, 47, pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013. – THE VOKAL