Juara Di Hati Peminat – Liza Hanim Mahu Teruskan Langkah
Ramai yang memilih Liza Hanim sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Ramalan itu berdasarkan persembahan kemas yang ditampilkan naib juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat itu membawakan lagu tugasan yang diberi.
Hakikatnya, bukan rezeki pemilik suara emas ini yang hanya berada di tempat keempat keseluruhannya.
Liza membawakan lagu My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion dan berduet bersama Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup.
Dia berkata demikian sebagai mengulas majoriti netizen dan peminat yang memilih dirinya sebagai juara.
Liza juga menitiskan air mata sebaik mengenangkan penerimaan dan sokongan hebat pada dirinya yang hampir tiga dekad dalam industri.
Akuinya, dia sendiri pernah tertanya-tanya adakah masih relevan dan diterima peminat seni tempatan.
Katanya, dia juga berbangga kerana menyahut cabaran dengan lagu-lagu di luar keselesaannya sepanjang bersaing di ASGV.
Liza dalam pada itu memberitahu dia mahu menumpukan perhatian seterusnya dalan persaingan Semi Final Muzik-Muzik 38 minggu ini dan bakal mengadakan konsert sulung pada Februari tahun depan. – THE VOKAL