
Jom Jumpa – Ruhainies Mahu Jumpa Bella Astilah Dan Sarah Yasmine
Ruhainies akhirnya membuka mulut selepas nama terus dikaitkan dalam kontroversi hubungan kasanova Aliff Aziz dan wanita -wanita lain termasuk kecurangan terhadap isterinya Bella Astilah.
Pelakon yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah itu tampil memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala kemelut yang berlaku membabitkan mereka.
Ruhainies dalam hantaran terbaru di Instagram Story turut menyatakan hasrat untuk bertemu empat mata dengan Bella yang juga isteri kepada Aliff Aziz bagi menjernihkan hubungan persahabatan mereka.

“Saya ingin memohon untuk bercakap beberapa perkara hari ini berhubung dengan isu yang sedang berlaku.
“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiyakan atau menidakkan, tetapi niat saya untuk mengelak daripada bergaduh di media sosial dan memanjangkan lagi isu terbabit.
“Justeru dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada Bella atas segala yang berlaku. Saya ingin bertemu dengan anda untuk menjernihkan keadaan supaya kita boleh menutup kisah ini dan meneruskan kehidupan serta bergembira semula,” tulisnya.
Dalam masa sama, Ruhainies turut ingin meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dan terkesan dengan isu yang tercetus.
“Saya juga dengan ikhlas ingin mengundang Sarah Yasmine (wanita didakwa kekasih Aliff) dalam pertemuan kami supaya kita boleh memperbetulkan semula keadaan yang berlaku dan menyelesaikan perkara ini.






“Saya sangat berharap Bella dan Sarah akan memberi saya peluang untuk bertemu dengan mereka. Dengan penuh keikhlasan saya ingin memohon maaf sekali lagi atas segala yang berlaku,” katanya. – THE VOKAL