Jaga Aib Dan Nilai Wanita – Thalia Baiduri Ingatkan Jangan Bertelagah Hanya Kerana Seekor ‘Buaya’
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri menitip pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor ‘buaya’.
Beliau berkongsi perkara itu ketika sesi langsung yang diadakan di laman sosial TikTok miliknya @thalia.baiduri malam tadi ketika bersembang bersama pengikutnya.
Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.
Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.
Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.
Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.
Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.
Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan. – THE VOKAL