Jaafar Onn Meninggal Dunia – Hembus Nafas Terakhir Di Hospital Serdang
Artis serba boleh Jaafar Onn, 72, meninggal dunia di Hospital Serdang sebentar tadi selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Allahyarham Jaafar sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami berak berdarah.
Penyampai radio dan penyanyi Haiza ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan dalam perjalanan ke hospital.
Haiza antara selebriti yang paling rapat dengan Jaafar malah sempat berkongsi gambar melawat allahyarham di hospital baru-baru ini.
Anak angkat Jaafar, Mohamad Hanif Hashim, 30 sebelum ini memaklumkan bapanya itu di masukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar. – THE VOKAL