Irma Hasmi Cerai Enam Bulan Lalu – Rakan Pengacara Kongsi Status Terkini
Desas desus ikatan perkahwinan Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer terjawab apabila rakan pengacara, Amin Idris berkongsi mengenai Irma yang sudah bercerai sejak enam bulan lalu.
Dalam hantaran di Instagram (IG), Amin berkongsi kenyataan daripada individu mendakwa dirinya sebagai sahabat kepada Irma yang mengesahkan hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir.
Kenyataan itu juga menyebut, Irma dalam keadaan baik bersama anak-anaknya, selain bersyukur kehidupan sahabatnya itu kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
Terdahulu, hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan Nur Hafiza Mohd Salim.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – THE VOKAL