
Insiden Dua Helikopter ATM Terhempas- TLDM Mohon Tidak Tularkan Video
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW 139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.
TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden tersebut melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,”katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.- THE VOKAL