“Ini Adalah Yang Terbaik Buat Kami, Fokus Utama Anak-Anak…” – Mawar Rashid Sahkan Bercerai Dengan Raf Yaakob
KUALA LUMPUR – Spekulasi rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob terjawab apabila wanita itu mengesahkan mereka berpisah secara baik menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Mawar berkata mereka bersetuju untuk berpisah selepas tiada persefahaman namun masing-masing masih mempunyai hubungan yang baik.
“We have both agreed to be seperated atas dasar tiada persefahaman. Raf and I are on good terms and will always be.
“Our main focus right now is to provide all the support and love our children’s need. Successful Co-parenting is important and is something we will be working towards Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran itu.
Mawar juga meminta teman media menerima hantarannya itu sebagai kenyataan daripada mereka berdua dan menghormatinya.
Dia juga meminta peminat mendoakan hal yang baik-baik untuk mereka berdua dan jangan membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan negativiti.
“We are both truly devastated and regret to share this news with all of you. However, this is truly the best for the both of us. Thank you for always supporting the both of us and your kind words. It truly means a lot to us,” katanya.
Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. – THE VOKAL