
“Ikut Suka Merekalah…” – Jawapan Jujur Shila Amzah Saat Mengulas Tentang Perceraian Ibu Dan Bapanya
KUALA LUMPUR – Sedia maklum, ibu dan bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman sudah pun bercerai.
Semalam penyanyi itu menerusi video siaran langsung di TikTok memberitahu, sebagai anak, dia tidak boleh memaksa ibu dan bapanya untuk terus bersama.

“Kahwin dan cerai itukan jodoh. Jangan risaukan mak saya, doakan yang baik-baik saja.
“Takkan nak paksa mereka untuk bersama? Anak-anak semua dah besar,” ulasnya menjawab persoalan netizen.

Pada masa sama, Shila menyerahkan kepada ibu dan bapanya untuk mencari kebahagiaan masing-masing.
“Ikut suka merekalah. Dua-dua dah dewasa, carilah kebahagiaan sendiri,” ujarnya.
Pun begitu, Shila akui terkesan dan sedih atas perpisahan kedua-dua orang tuanya, meskipun sudah pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka.

“Tipulah kalau anak-anak tak sedih. Tetapi pada sama kami juga serabut lihat mereka bergaduh,” tambahnya.
Rabu lalu, Fauziah menerusi Instagram memaklumkan telah menerima lafaz cerai terhadapnya yang dihantar menggunakan WhatsApp. – THE VOKAL