Pelakon Hisyam Hamid percaya semua pihak sudah maklum mengenai status perkahwinannya berdasarkan kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Dia yang berasal dari Singapura berkata, dirinya lebih selesa untuk mengakui dia dan Mel Rose atau Rosmawati Hanafi kini masih mengekalkan hubungan baik.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, Hisyam yang mula dikenali menerusi drama Ariana Rose itu, Mel masih kekal sebagai pengurusnya dan mereka juga tetap berkomunikasi baik setiap hari.
Ditanya tindakannya yang seolah-olah berdolak dalik mengenai status hubungannya, Hisyam berkata dia tidak mahu berita tersebut menjejaskan emosi anak-anaknya.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun. – THE VOKAL