Hidap Radang Paru-paru, Ibu Yati Atau Wanti Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Serdang
SERDANG – Pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2014 (Anugerah Kajai) Wan Norhayati Wan Alias dilaporkan meninggal dunia lewat petang semalam.
Difahamkan Wan Norhayati atau lebih dikenali Ibu Yati meninggal dunia di Hospital Serdang akibat penyakit radang paru-paru.
Khabar sedih itu turut dikongsi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang turut memuat naik poster ucapan takziah di laman media sosialnya.
Perkara itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan media di kumpulan aplikasi WhatsApp dan ramai yang merakam ucapan takziah kepadanya.
Semasa hayatnya, Ibu Yati pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi sebelum kesihatannya merosot sejak beberapa bulan lalu. – THE VOKAL