Hazrat Muaz Dari Suka-Suka – Rezeki Dalam Bidang Seni Terbuka
Dia bermula hanya sekadar suka-suka, namun rezeki menjadi miliknya apabila nama Hazrat Muaz mula dikenali dalam bidang seni.
Akui lelaki ini dia aktif di akaun TikTok sebelum ini apabila mendapat pehatian bagi bakat baharu ini sehingga menerima tawaran dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Meskipun masih baharu, lelaki yang berusia 29 tahun ini teruja apabila dilamar untuk membintangi drama Panggil Aku Dahlia yang akan tamat penggambaran bulan ini.
Jelasnya, dia teruja membawakan watak King Shah selain dapat bergandingan dengan beberapa nama besar yang lain termasuklah Datuk Seri Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Azah Aziz, Lisdawati dan Raja Azmi yang sememangnya merupakan pelakon hebat tanah air.
Pun begitu, Hazrat yang juga perunding takaful mengakui ada mengikuti kelas lakonan sebelum masuk ke set. Dia mendapatkan khidmat beberapa orang guru termasuklah Lan Siro & Jaja Ishak yang banyak membantunya menapak sebagai seorang pelakon baharu.
Dengan ilmu yang diberikan, dia mula membina kepercayaan pihak produksi Jaja Ishak Channel Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit pertama yang mengesan bakatnya sehingga memberikan peranan pelakon pembantu utama dalam drama Panggil Aku Dahlia.
Meskipun baru menceburi bidang ini, Hazrat bersyukur kerana sudah dilamar untuk membintangi beberapa naskhah termasuklah telefilem Lafaz Yang Termakbul untuk RTM, Elhan Untuk Nian (Salam HD), Travelog Pahang First, Dokumentari Permata Tanjung Gahai dan beberapa naskhah lain. – THE VOKAL