Dalam keterujaan dan mood percutian hujung tahun, mereka yang menggunakan kapal terbang untuk ke destinasi masing-masing perlu lebih berhati-hati ketika dalam penerbangan.
Seorang bekas pramugara syarikat penerbangan mendedahkan wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.
Tambahnya, beg berjenama turut menjadi sasaran sindiket itu selain menasihati penumpang agar tidak menyimpan wang dalam jumlah yang besar.