Hargai Jasa – Melakar Bakti Angkat 13 Tokoh Negara
Kemakmuran yang dikecapi pada hari ini merupakan jerih perih yang telah dilalui oleh orang pterdahulu.
Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi oleh sebahagian besar pemimpin bagimembentuk Malaysia moden ketika ini.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat, dokumentari tokoh kenegaraan Melakar Bakti berjaya mengumpulkan 13 tokoh lama dan baharu dalam satu program yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Dokumentari yang diterbitkan oleh Indigital Sdn Bhd itu membawa penonton mengimbaskembali perjalanan tokoh-tokoh tanah air dalam pelbagai lapangan- untuk sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Selaku Penerbit, Rozalina Mohamad Rom menyifatkan naskhah ini sebenarnya mengangkat khazanah dan jasa yang ditinggalkan oleh orang terdahulu dalam membangunkan Malaysia tercinta.
“Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti kita berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh orang terahulu. Mereka bukan sahaja berjuang dalam bidang masing-masing tetapi dalam masa yang sama meninggalkan sejarah penting kepada tanah air.
“Melakar Bakti mengumpulkan tokoh-tokoh terkenal tanah air dan kita garap semula kisah mereka dan mengangkat kesan terhadap masyarakat yang terpatri sebahagian dalam Malaysia secara amnya,” ujarnya.
Tokoh-tokoh yang diangkat dalam Melakar Bakti terdiri daripada Zaaba, Tun HS Lee, IbuZain, Datuk Aripin Said, Krisnen Jit, Yusof Gajah, Datuk Prof. Dr. Bahari Belaton dan Mamat Khalid.Turut diangkat Datuk Sri Philomena Tra Zehnder, Prof. Dr. Mokhtar Saidin, Tun Mohammad Fuad Stephens dan Nortipah Abd Kadir.
Melakar Bakti merupakan idea asal Pak Tua dan Ato dan dokumentari ini diarahkan oleh Isma Yusoff telah mengembara ke serata pelosok negara bagi mencari input menarik untuk tontonan penonton.
Menariknya pemilihan tokoh sejak awal tidak terhad kepada bidang politik tetapi mencakupi bidang bahasa, seni hidup, filem, tokoh wanita termasuklah mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
Paling menarik perhatian pastinya kisah Prof. Dr. Bahari Belaton yang merupakan seorang anak Orang Asli yang berjaya menempa nama dalam bidang akademik. Dia bukan sahaja telah membuat pelbagai kajian akademik tetapi juga pakar dalam beberapa cabang ilmu sains komputer.
Sebagai info, Melakar Bakti mula ditayangkan setiap Khamis bermula 4 Julai ini, jam 10.30malam di Best TV. – THE VOKAL