Harapkan Pakcik, Pakcik Pula Kaki Cabul – Lelaki 57 Tahun Raba Anak Saudara
Usianya sudah menghampiri ketegori warga emas dan sepatutnya menjadi bapa saudara yang menjadi contoh serta tempat berlindung.
Sebaliknya, seorang lelaki berusia 57 tahun
ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia didakwa mencabul anak saudaranya yang berusia 20 tahun di daerah Tawau, Sabah.
Suspek ditahan di sebuah rumah tidak bertanda di Kampung Sri Bombalai Laut, Sungai Imam, kira-kira pukul 9 malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian didakwa berlaku ketika mangsa berada di dalam biliknya kira-kira pukul 11 malam Isnin.
Katanya, suspek memasuki bilik wanita itu dan memberi amaran kepadanya supaya tidak membuat sebarang bunyi sebelum terus menyentuh bahagian sulitnya.
Tambahnya, wanita itu membuat laporan pada pukul 4.08 petang Selasa.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis mengesan lelaki itu dan menemuinya di rumah tidak bernombor di kampung itu.
Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – THE VOKAL