Hamdan Senario Ditidurkan – Jangkitan Kuman Dalam Darah
Anggota kumpulan lawak Senario, Hamdan Ramli, 54, ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak kelmarin.
Bagaimanapun, Nur Natasya berkata, bapanya dalam keadaan stabil, namun masih tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan.
Pada masa sama, Nur Natasya memohon orang ramai menitipkan doa supaya ayahnya dapat kembali pulih seperti biasa.
Terdahulu, Hamdan bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain bertujuan untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam tadi. – THE VOKAL