Faisal Halim Dapat Nasi Ayam Penyet – Walau Idam Nasi Kandar
Meskipun tidak dapat Nasi Kandar seperti diidamkan, bintang bola sepak Selangor FC (SFC) Faisal Halim sudah menjamah makanan berat pertama iaitu Nasi Ayam Penyet.
Perkara itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Shahril Mokhtar selepas hadir ke hospital swasta di sini, hari ini.
Selain itu, Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Red Giants mengakui Faisal sudah dibenarkan berjumpa dengan anaknya, Khalish Aryan yang amat merindui bapanya itu.
Selasa lalu, Faisal dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa selepas perkembangan kesihatan tonggak skuad kebangsaan itu semakin baik.
Pada 5 Mei lalu, Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey dilaporkan diserang oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.- THE VOKAL