Ernie Zakri Nafi Tolak Nyanyi Lagu Astana, Netizen Lancar Kempen #justiceforerniezakri
Penyanyi asal lagu Astana, Ernie Zakri menafikan dia menolak untuk menyanyikan lagu berkenaan pada persaingan separuh akhir Muzik-Muzik 38 bermula Jumaat ini.
Ernie ialah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.
Penyanyi lagu Emas, Nadeera diumumkan sebagai pengganti Ernie untuk membawakan lagu berkenaan.
Lantaran itu, bertebaran di media sosial netizen mempertikaikan tindakan itu dan mahu Ernie sendir menyampaikan lagu berkenaan dengan kempen tanda pagar #justiceforerniezakri.
Sementara itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan. – THE VOKAL