
Elews Mart Ditutup – Beperingkat Sejak Januari
Rangkaian pasar raya Elews Mart dilaporkan ditutup secara beperingkat-peringkat bermula 15 Januari lalu.
Perkara itu tular selepas sebuah notis dengan kepala surat Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024 bertebaran di media sosial memaklumkan mengenai hal itu yang dihantar kepada pembekal pasar raya itu.
Pasar raya milik pendakwah bebas, Ebit Lew itu sudah beroperasi hampir empat tahun.

“Semua pembekal Elews Mart Sdn. Bhd. adalah dimaklumkan, Elews Mart akan menutup semua cawangan kedai secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.
“Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.

“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024.
“Segala pertanyaan boleh diemel kepada kerani.elews777@gmail.com,” katanya.
Pada Julai 2020, 10 cawangan pertama yang dibuka terletak di Bandar Baru Bangi, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Namun begitu, tidak dinyatakan punca dan faktor pasar raya milik pendakwah yang sedang menjalani perbicaraan kes mahkamah itu ditutup. – THE VOKAL