Dua Rakan Ruhainies Sahkan – PA Patutnya Bersama Tapi Pulang Ambil Baju
Dua kenalan rapat kepada Ruhinies mengeshakan pembantu peribadi kepada pelakon itu sepatutnya berada bersama ketika kejadian serbuan jabatan agama minggu lalu.
Fyzal Babjan dan Zahar Bubu mengesahkan hal itu sambil menambah pembantu berkenaan bagaimana pun pulang seketika untuk mengambil pakaian ketika kejadian.
“Sepatutnya PA itu menemani Ruhainies pada malam kejadian tapi dia pulang untuk mengambil baju,” katanya.
Sementara itu Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan tidak bersama di malam kejadian.
Sebaliknya ada seorang lagi individu yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu
“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu,” jelasnya.
Mengulas mengenai keadaan Ruhainies, mereka berkata rakannya itu meneruskan kerja seperti biasa namun lebih banyak mendiamkan diri.
Pada masa sama, mereka turut menasihatkan Ruhainies yang lebih mesra dipanggil Anies itu untuk tidak mambaca komen atau hantaran di media sosial
“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” kata merkea ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Shah Alam, pada Isnin.
Sementara itu, Zahar berpendapat dirinya yakin Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak senonoh sebagaimana yang didakwa.
Malah kedua-dua mereka terkejut menerima perkhabaran Ruhainies ditangkap khalwat.
“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.
“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” katanya.
Pada 8 Mac lalu Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat.
Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf namun menafikan segala dakwaan yang dibuat.
Mereka dijangka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. – THE VOKAL