Dua Polis Maut – Balai Diserang Lelaki Bertopeng
Dua anggota polis maut manakala seorang cedera dalam insiden serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.
Menurutnya, anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.
Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Memetik laporan Harian Metro, menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi hari ini apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang. – THE VOKAL