Bagaimana soal timbul aniaya kalau tuan badan sendiri sudah maklum perkara yang dibangkitkan, malah mahu kontrak seperti yang diberikan.
Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, Tyzo sendiri yang membuat permintaan untuk hanya menyambung enam bulan kontrak.
Beliau berkata, sepanjang tempoh kontrak itu juga Tyzo sendiri tidak ada usaha untuk berbincang memperbaharuinya sepanjang tempoh enam bulan itu.
Aminuddin berkata, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggil Tyzo untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun.
Menurut Aminuddin, dia meminta perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal kerana Suria FM mempunyai perancangan untuk meningkatkan mutu stesen radio itu.
Dalam masa sama, Amiruddin turut mengulas mengenai isu penamatan kontrak Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.
Tambah Amiruddin, dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku serta berharap segalanya sudah terjawab.
Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir dan mendakwa dirinya dianiaya. –THE VOKAL