
Dia Tahu Siapa Dirinya – Nabila Huda Kunci Mulut
Aktres serba boleh Nabila Huda memilih untuk mengunci mulut mengenai ‘dia’ yang dimaksudkan olehnya dalam satu hantaran yang dimuat naik baru-baru ini.

Nabila berkata, baginya cukuplah sekadar dia dan individu yang ditempik olehnya di media sosial itu berakhir di situ.
“Minta maaf, saya tidak boleh komen atau ulas lebih lanjut.

“Biarlah apa yang terjadi, menjadi tanda tanya. Yang penting ‘dia’ tahu siapa dirinya,” katanya.
Dia yang mesra disapa Abil juga tidak memberikan bayangan sama ada individu terbabit merupakan rakan industri atau tidak.

Terdahulu, Nabila Huda menerusi beberapa rantaian hantaran di Platform X telah memaki serta mengugut untuk mendedahkan perangai sebenar individu yang disifatkan sebagai suka memporak-perandakan keadaan.
Hantaran yang dibuat oleh pelakon filem Munafik itu juga telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak berkaitan isu yang diperkatakan.

“Kau lah punca semua orang berpecah belah..Pastu kau buat cerita supaya kau nampak kau mangsa. Kau putar belit.

“Dah banyak sangat aku bersabar ni…Kau jangan ingat aku taktau apa kau buat kat belakang..Industry ni kecik sangat.. you better stop whatever you are doing right now,” tulisnya dalam hantaran yang turut bersambung di beberapa rantaian lagi. – THE VOKAL