
“Dengan Kesan Itu, Kita Percaya Seorang Individu…” – Polis Siasat Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan
Polis kini menjuruskan siasatan kes bunuh terhadap kanak-kanak malang autisme Zayn Rayyan, 6, yang ditemui pada 6 Disember lalu, membabitkan seorang suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.
“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.

“Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kematian kanak-kanak itu. – THE VOKAL