Darah Seni Fatima – Fazura Harap Anak Kuat
Selebriti serba boleh, Fazura berharap puterinya Fatima cukup kuat andai ditakdirkan memilih bidang seni sebagai kerjaya apabila dewasa nanti.
Dia mengakui, sudah mula menghidu dan melihat sendiri kecenderungan Fatima dalam bidang seni termasuk tidak kekok apabila berdepan dengan kamera.
Suri hati pelakon Fattah Amin itu turut berkongsi mereka sekeluarga termasuk Fatima bakal sibuk pada Ramadan kali ini.
Sementara itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin memberi jaminan koleksi Fazbulous Raya 2024 kekal menawarkan harga mampu milik kepada semua yang ingin memilikinya.
Lebih mesra disapa Faz, dia berusaha membawakan koleksi dengan kualiti terbaik dan pada masa sama memastikan harga yang dijual mampu dimiliki oleh semua yang mahukannya.
Mengulas lanjut, Fazura berkata koleksi kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bunga-bungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden.
Tambahnya, kesemua 30 corak menarik ini akan datang menemui peminat Tudung FAZURA bersama barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya serta Ready-to-Wear, sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sawang rasmi fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024. – THE VOKAL