Corat Coret AJL38 – Anxiety Attack, Cara Aina Ke Tandas, Terbang & Merajuk
Berikut 10 hal yang berlaku dan mencuri tumpuan serta kejadian off camera sepanjang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) berlangsung.
1. Aksi pengacara Sherry Alhadad meniru nyanyian viral The Gadys mengundang tawa. Selamba sahaja Sherry lontarkan suara persis nyanyian kumpulan yang teruk dihentam itu.
2. Aisha Retno bagaikan diserang anxiety ketika sedang bersedia untuk ke acara live sebaik selesai majlis. Dia seperti sukar bernafas, mujur Aisha kembali tenang.
3. Ramai peminat bergaya ala fesyen pakaian beragam dan tampil berani. Sewa baju ke tempah baju?
4. Aina Abdul beritahu dia ada suntik elemen haruman ketika persembahan. Khabarnya seisi didewan disembur dengan bauan sesuai dengan tema persembahan tapi seperti tidak ada bauan yang dimaksudkan. Yalah, Axiata Arena kan luas. Ada yang bau?
5. Ketua Juri Datuk Mokhzani menafikan ada pra penjurian. Semua itu tohmahan katanya. Kesemua 12 lagu diadili pada malam AJL38.
6. Aina bersiap lebih tiga jam untuk tema “Aku Sebatang Pokok Di Hutan Musim Luruh” dan ada cara jika perlu ke tandas, kongsinya sambil tertawa.
7. Ziana Zain antara nama yang tidak kalah sorak. Setiap kali namanya disebut satu Axiata Arena bergema dan sepanjang nyanyian mendapat sokongan padu penonton. Queen Ziana Zain!
8. Pemilihan lagu seperti Hilang Naluri pada persembahan pembukaan menjadi persoalan ramai termasuk netizen. Penganjur cakap bagi sesuaikan elemen Muzikaverse yang diangkat pada tahun ini. Barulah international dan sesuai untuk show di stadium. Kata mereka.
9. Dua persembahan menyaksikan penyanyi terbang. Aisha Retno dan Aina Abdul Khabarnya lebih 30 kaki. Aisha Retno kata dia ok tak gayat. Dahsyat kan penyanyi Malaysia. Lady Gaga is shaking!
10. Amir Jahari tak pernah merajuk. Tak harap dan tak sangka menang. Amir sendiri tenang dan jelas ikhlas menjawab ketika sidang media berlangsung. – THE VOKAL