Peguam yang mewakili Kaka Azraff memandang Warner Music Malaysia tidak memberikan sebarang sebab munasabah dalam Notis Penamatan terhadap penyanyi itu.
Sehubungan itu, pihak peguam dari Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, Aidil Khalid meminta Warner Music Malaysia untuk memperjelaskan perkara itu termasuk adakah benar penamatan itu adalah disebabkan oleh DM Kaka yang bersimpati dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan Gaza, serta menempelak Israel?
Sidang media berkenaan bertujuan menjelaskan kedudukan kontrak di antara Kaka Azraff dengan Warner Music Malaysia, yang kini didesas-desuskan sebagai telah ditamatkan secara tiba-tiba.
Dia berkata, pada 1 Disember iaitu Jumaat yang lalu, Kaka menerima satu Notis Penamatan oleh pihak pengurusan Warner Music Malaysia.
Notis Penamatan itu, hanya memaklumkan bahawa ia akan berkuatkuasa pada 31 December 2023 (jaitu tempoh notis selama 30 hari), tetapi tidak menyatakan sebab- sebab ia ditamatkan.
Namun Aidil berkata , ini hanyalah jalan akhir, dan bersedia untuk sebarang perbincangan secara baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Kaka berkata dia berharap penjelasan dapat diberikan oleh pihak syarikat rakamannya.
Ditanya sama ada pernah bersemuka dengan pihak syarikat rakaman tersebut, Kaka berkata pertemuan berlaku pada 30 November lalu namun mereka hanya memintanya menandatangani surat penamatan kontrak.