Cium Tangan Bapa Sementara Ada – Datin Thalia Baiduri Tak Pernah Berdendam
Bagi usahawan selebriti ini, rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup.
Lantaran sejak mendapat semula hak bertemu dan memangil bapa pada Januari lalu, Datin Thalia Baiduri mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.
Pertemuan dengan papanya ditemani adik Dayana dikongsi di laman TikTok miliknya dan mendapat respon baik daripada pengikutnya.
Akui Thalia, beliau tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku dan meskipun terpisah lebih 30 tahun sebaliknya menganggap ia takdir yang tertulis.
Wanita ini melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berjumpa dengan figura seorang bapa di saat masing-masing masih bernyawa.
Netizen turut bersetuju dengan Thalia dan memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.
Antara komen mereka termasuk bersetuju setiap yang berlaku pasti beserta hikmah tersembunyi.
Mydinda pula menyifatkan Thalia seorang kakak sulung contoh terbaik dan memuji tindakan buang yang keruh ambil yang jernih.
Bercerita lanjut, Thalia mengakui kerap berhubung dengan bapanya selepas pertemuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.
Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak ini berkata, walau sibuk jangan abaikan ibu bapa sementara mereka masih ada.