Chelsea Menang Tipis – Tundukkan MU 4-3
Chelsea menundukkan Manchester United dengan empat berbalas tiga gol pada Minggu ke-31 Liga Perdana dalam aksi di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
The Blues selaku tuan rumah mendahului pada minit keempat menerusi pemain tengah, Conor Gallagher berjaya membuka jaringan rembatan rendah melepasi penjaga gol MU Andre Onana.
Namun, tidak lama kemudian pengadil menghadiahkan Chelsea penalti setelah beberapa kesalahan ke atas Antony terhadap pemain MU Cucurella.
Cole Palmer menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika aksi memasuki minit ke-19 dengan skor 2-0 untuk The Blues.
Pada minit ke-34, Red Devils menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini menerusi Alejandro Garnacho.
Lima minit kemudian, Bruno Fernandes menanduk bola di tiang dari jarak dekat mencatatkan kedudukan 2-2 sehingga separuh masa pertama tamat.
Namun, situasi itu tidak mematahkan semangat di mana Garnacho berjaya meletakkan MU di depan dengan tandukan pada minit ke-67 selepas mengikuti hantaran Antony dari sebelah kanan.
Perlawanan separuh masa kedua membolehkan Skuad Chelsea mampu menyamakan kedudukan 3-3 menerusi jaringan Cole Palmer menerusi sepakan penalti pada minit 90+10.
Rentak kemenangan anak didik Mauricio Pochettino yang mendominasi permainan begitu ketara apabila Cole Palmer berjaya menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-90+11 untuk membolehkan Chelsea menang 4-3 ke atas MU. – THE VOKAL