Cef Ammar Perkenal Menu Baru – Nasi Ikan dan ‘Beef Ribs’
Cef Ammar Ali yang mencipta fenomena menerusi menu nasi Arab ‘lamb shank’ ‘kayangan’ setiap kali Ramadan, bakal memperkenalkan dua menu baharu.
Dua menu yang menanti orang ramai untuk berbuka puasa ialah nasi ikan dan ‘beef ribs’ yang bakal dijual pada Ramadan kali ini.
Cef Ammar berkata menu itu sebagai strategi baginya setelah ramai yang turut menjual ‘lamb shank’ selepas diperkenalkan olehnya.
Dalam situasi pasaran semasa, dia mengakui turut berlaku kenaikan pada harga jualannya antara RM2 hingga RM3 pada kali ini.
Hal ini tidak dapat dielakkan kerana menu yang dihasilkan menggunakan bahan premium yang diimport.
Pada masa sama, Cef Ammar juga berkata pihaknya membuka peluang kepada mereka yang mahu menjadi ‘runner’ menjual makanan.
Katanya, mereka boleh mendapatkan dari bazar juga terus dari restoran mengikut jumlah tempahan.
Tambah Cef Ammar menu masakannya akan terus mengekalkan tema ‘Masakan Dari Hati’ khas buat semua mereka yang berpuasa di bulan mulia. – THE VOKAL