Cantik Cekang Bersama Che Ta – Produk Khas Santuni Wanita
Wanita dan kecantikan satu perkara yang sentiasa berjalan seiring. Malah, setiap kaum hawa, pastinya memegang kecantikan sebagai satu dari elemen penting hidup mereka.
Bukan hanya pada luaran, aspek dalaman juga penting termasuk memilih seleksi produk yang sesuai serta berkualiti bagi tujuan berkenaan.
Menyedari hakikat itu, selebriti terkenal tanahair, Rozita Che Wan atau Che Ta hadir dengan produk kecantikan terbaru keluaran syarikatnya, byrcw khusus buat wanita yang mementingkan penjagaan wajah dengan harga yang mampu milik.
Memperkenalkan serum Cekang Jelita, artis popular yang juga ahli perniagaan ini berpendapat, produk asas penjagaan wajah seperti serum merupakan satu keperluan bagi kaum wanita selain pencuci wajah, toner, pelembab dan krim pelindung matahari.
Sesuai namanya, kata wanita yang sentiasa tampil anggun bergaya ini, cekang yang bermaksud tegang itu mampu memberikan hasil yang cantik pada kulit wajah dengan penggunaan yang berterusan.
Menggunakan bahan utama berasaskan emas sebagai agen anti penuaan dan kolagen bagi melewatkan garisan halus dan kedutan, serum Cekang Jelita juga ditawarkan pada harga amat berpatutan agar semua wanita mampu memilikinya.
Dengan harga RM59.90 (15ml), harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana bagi Che Ta semua wanita berhak untuk cantik dan dia mahu mereka tidak merasa terbeban dengan membayar harga yang mahal untuk menjadi jelita.
Sempena pelancaran serum Cekang Jelita pada 24 Januari 2014 juga, lima ribu pembeli terawal akan mendapat serum di dalam kotak eksklusif bersama-sama sabun muka (gold bar soap) dan bedak asas pelindung cahaya matahari (sun screen foundation).
Pada majlis yang sama, Che Ta turut menperkenalkan jingle nyanyiannya berjudul byRcw yang dicipta oleh DJ Fuzz yang menjadi antara produk baharu keluaran syarikat byrcw bagi tahun ini. – THE VOKAL