Cadangan Bodoh – Ridhuan Tee Selar Cadangan Pusat Pelacuran Untuk Warga Asing
Cadangan membenarkan pusat pelacuran untuk warga asing di negara ini ialah satu yang dianggap bodoh.
Pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee berkata, ia adalah cadangan bodoh yang hanya menggalakkan lagi aktiviti tidak bermoral.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor dalam satu podcast terbitan syarikat produksinya baru-baru ini.
Dalam podcast itu, Rosyam dipetik berkata perlunya pusat pelacuran di negara ini untuk warga asing lelaki berhubung lambakan golongan itu sehingga timbul isu jenayah rogol membabitkan mereka.
Pendapat Rosyam itu tular dan mendapat kecaman netizen sebaik podcast berkenaan disiarkan.
Sementara itu, Ridhuan menambah setiap masalah ada jalan penyelsaian bukannya maksiat di atas maksiat.
Malah katanya, cadangan dangkal itu hanya akan menambah masalah yang sedia ada.
Lebih dari itu, cadangan berkenaan juga hanya akan menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit sekaligus mengundang bahaya dalam masyarakat.
Dalam pada itu, Ridhuan juga mencadangkan amalan gaya hidup sihat supaya pemikiran seseorang tidak hanya terdorong melakukan hubungan seks sebagai salah satu cara pemuas nafsu.
Baginya, mana-mana warga asing yang datang ke negara ini perlu patuh dengan penetapan undang-undang serta menghormati budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. – THE VOKAL