Bukan Tiga Jamlah! – 30 Minit Sahaja
“Bukan tiga jam, hanya 30 minit,” demikian tegas Ruhaines berhubung laporan media yang mendakwa pihak berkuasa menunggu selama tiga jam sebelum pintu rumah dibuka dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu lalu.
Kongsinya, maklumat yang tersebar mendakwa dia dan Aliff Aziz membiarkan pihak berkuasa menunggu selama tiga jam adalah tidak benar, sebaliknya hanya setengah jam.
Pelakon berusia 32 itu juga berkata hubungan dengan Aliff bukan hanyalah sebagai sahabat yang sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.
Sejak Sabtu lalu, akaun media sosial Ruhainies dibanjiri dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen selepas tular laporan ditangkap khalwat bersama hero gandingannya menerusi drama Terjerat itu.
Pasangan yang dicekup Jawi atas tuduhan berkhalwat itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan, sementara, menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat. – THE VOKAL