
Bukan Satu Tapi Dua – Datuk Red Bakal Hilang Isteri
Datuk Red suami kepada penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi mungkin akan kehilangan kedua-dua suri hatinya.
Ini kerana bukan sahaja bakal kehilangan penyanyi lagu Illusi itu, malah isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim turut menuntut cerai.
Percaya tiada pakatan antara mereka berdua, Adnan menegaskan, keputusan Adira dan Sharifah Norshafika atau Datin Red memfailkan perceraian bukan komplot dirancang, sebaliknya hanya kebetulan.

“Keputusan cerai mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan, masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.
“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai,” katanya.
Memetik laporan HibGlam Adnan berkata, dia hanya mahu pertahankan apa yang ada dan sebagai manusia, dirinya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Adnan berkata demikian selepas selesai prosiding hasil keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, hari ini.
Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan. – THE VOKAL