Berusia 21 Tahun, Syakir Daulay Cabar Diri Arah Dan Terbitkan Filem Sulung, Imam Tanpa Makmum
Biarpun baru berusia 21 tahun, bintang muda Indonesia, Syakir Daulay cukup berani apabila memegang posisi penerbit, pengarah dan pelakon dalam karya sulungnya, Imam Tanpa Makmum.
Meskipun sedar cabaran besar yang menantinya, malah sempat dihalang oleh banyak pihak yang meragui kebolehannya elakon kelahiran Aceh itu tetap berani mengambil risiko.
“Sementara di posisi pelakon saya perlu lontarkan nilai seni dab lakonan dengan baik. Cukup sukar, cukuplah dalam karya ini sahaja saya pegang begitu banyak tanggungjawab.
“Memang karya ini dibikin untuk saya belajar. Pada masa depan rasanya lebih selesa untuk berada di kerusi pengarah dalam karya yang dibikin sendiri.
“Jika karya orang lain, saya lebih suka menjadi pelakon sahaja,” ujar Syakir yang memegang watak sebagai Imam.
Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra berharap lakonannya dapat diterima dengan baik.
“Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra berharap lakonannya dapat diterima dengan baik.
“Saya bersetuju untuk berlakon kerana Syakir yang merupakan sahabat saya. Andai selepas ini ada lagi peluang lakonan saya akan pertimbangkan,” kongsi Rayisa.
Filem Imam Tanpa Makmum adalah sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama ini kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.
“Pihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan Syakir Pictures menerusi karya yang disifatkan agak berbeza daripada kebanyakan karya seberang apatah lagi ia diarahkan oleh anak muda yang saya lihat mempunyai masa depan cukup cerah.
“Diharap kerjasama ini akan berterusan untuk projek yang akan datang dengan lebih banyak genre filem. Saya percaya kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penonton menerusi karya yang ditampilkan tetapi juga buat seluruh warga industri perfileman tanah air,” ujar Mohd Shahir.
Mengangkat tema nikah muda, filem Imam Tanpa Makmum yang menelan kos RM1.4 juta terbitan dan arahan aktor, Syakir Daulay ini agak berbeza daripada kebanyakan naskhah dari negara seberang itu.
Menyentuh tentang tema perkahwinan muda, menurut Syakir filem yang telah ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu itu akan membuatkan penonton melihat alam perkahwinan dengan pandangan yang berbeza.
Filem Imam Tanpa Makmum yang dibintangi oleh Syakir Daulay, Rayisa Nayla Salwa, Vonny Felicia, Cut Mini Theo, Lukman Sardi dan Arif Brata itu akan mula ditayangkan dipawagam seluruh negara pada 30 November 2023. – THE VOKAL