Bersenam Tanpa Bunyi – WanaFit Bawa Kelainan Dalam Aktiviti Sihat
Bersenam dengan pelbagai pergerakan namun secara senyap tanpa muzik? Itu kelainan menarik yang melatari suasana program Silent Wellness Fiesta anjuran WanaFit Revolution baru-baru ini.
Dihadiri hampir 100 peserta, program yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam selama lima jam pada 25 Februari lalu membawa kelainan sendiri apabila setiap peserta membuat senaman dengan iringan muzik di ‘headphone’ masing-masing.
Lebih menarik, setiap peserta membuat pergerakan yang sama secara berkumpulan berpandukan coach iringan namun dalam keadaan senyap kerana muzik hanya didengari di telinga masing-masing.
Program itu turut mendapat sokongan dari Supercube menampilkan pelbagai tentafif antaranya ialah ‘pilates flow’ yang dikendalikan Elite Star Hazlin, ‘pound’ oleh Icon Hanis dan bazar jualan.
Coach Wana dari WanaFit turut mengadakan ‘fitness talk’ serta ‘fitness challenge’ oleh Kash.
Acara juga diserikan dengan zumba, serta aktiviti kanak-kanak yang dibawakan oleh Happy Hive seperti face painting dan henna drawing.
Turut menjayakan acara itu ialah Superwoman, Superskin, Catch, UNO, Lazet, dan Silent Olympus. – THE VOKAL