Berpurdah Dan Tidak Pandai Berhias Punca Virgoun Cari Wanita Lain Untuk Berhubungan Seks – Inara Rusli
JAKARTA – Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun iaitu Inara Rusli memaklumkan terpaksa membuka purdah demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.
Keputusan tersebut dibuat wanita cantik itu selepas Virgoun telah berlaku curang bersama beberapa perempuan lain.
Terbaharu, Inara Rusli mendedahkan berasa bersalah terhadap kemusnahan rumah tanggan yang dibangunkan sejak sembilan tahun lalu atas kesalahan yang didakwa daripada beliau sendiri.
Menurut Inara, beliau kurang berhias sepanjang perkahwinan membuatkan Virgoun memilih untuk curang bersama wanita lain.
“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.
Walau bagaimanapun, Inara mengakui mempunyai sebab tersendiri di mana beliau memaklumkan kekangan masa antara yang menjadi punca.
“Oang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” katanya.
Dilaporkan Virgoun telah memfailkan cerai terhadap Inara Rusli pada Mei lalu selepas wanita ini mendedahkan kecurangan yang berlaku secara terbuka.
Sebagai rekod, rumah tanggan dua individu ini bertahan selama sembilan tahun sejak dari tahun 2014 di mana pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga cahaya mata. – THE VOKAL