
Baju Bawa Maut – Pelajar Jatuh Dari Tingkat 34
Dia difahamkan mahu mengambil baju miliknya yang jatuh di balkoni kondominium yang didiaminya malam tadi.
Siapa sangka, tindakannya itu membawa maut apabila jatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa ialah seorang pelajar universiti berusia 18 tahun.
Polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian melibatkan remaja lelaki itu kira-kira jam 8.17 malam semalam.

Kredit: Facebook IPD Dang Wangi
“Dua saksi berkata mangsa memberitahu mereka, dia mahu mengambil baju miliknya yang terjatuh ke atas balkoni.
“Dia naik ke atas meja sebelum memanjat pagar untuk sampai ke balkoni. Bagaimanapun mangsa hilang imbangan dan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – THE VOKAL