Awas Bersukan Malam – Boleh Bawa Bahaya
Bersukan pada waktu malam memang antara trend pasa masa kini, namun ada pendapat menyatakan ia bukanlah satu tindakan yang tepat dan wajar diamalkan.
Ketua Perkhidmatan Perubatan, Pakar Perunding Perubatan Dalaman & Pakar Kardiologi Intervensi di Hospital Columbia Asia-Klang, Dr. Shahrul Zuraidi Idris berkata, jika tidak dikawal dengan baik, sukan lasak, berat dan berintensiti tinggi pada waktu malam boleh membahayakan seseorang.
Memetik laporan Kosmo! Menurutnya, jika sukan malam dilakukan 90 minit sebelum waktu tidur, badan akan merembeskan hormon adrenalin yang menyebabkan kadar degupan jantung menjadi laju.
Kesan buruk boleh berlaku terutamanya apabila melibatkan sukan bola sepak berintensiti tinggi yang dimainkan pada lewat malam.
Bermain bola sepak sehingga lewat malam akan mengganggu waktu tidur serta rentak circadian seseorang.
Tabiat minum, makan dan merokok di kedai makan sehingga lewat malam setelah bersukan juga adalah antara perkara yang perlu dielakkan.
Mengulas lanjut, Dr. Shahrul Zuraidi memaklumkan, ada juga sukan yang boleh dilakukan pada sebelah malam.