Aura Diva Ziana Zain – Enam Babak Penting Hidupkan Pontianak 200 KG
Aura Ziana Zain sukar dinafikan dan sentiasa membawa tarikan tersendiri setiap kali figura ini muncul.
Terbaharu meskipun hanya enam babak dalam filem Pontianak 200 KG, diva ini ternyata punya pesona tersendiri.
Ziana ketika ditemui mengakui teruja muncul dalam filem berkenaan dan bersetuju untuk muncul kerana tuntutan watak yang ditawarkan.
“Pada saya ini satu tawaran menarik dan memberikan saya muncul dalam sisi lain, yang penting ia mampu memberikan warna dalam apa yang kita lakukan,” katanya.
Pengarah filem berkenaan Shuhaimi Lua juga mengakui Ziana antara nyawa filem berkenaan disamping gandingan barisan pelakon lain yang turut memainkan komitmen.
“Saya sendiri memang meminati Ziana Zain dan dia seorang Diva jadi ketika saya tulis cerita ini memang saya bayangkan Ziana,” katanya.
Dalam filem berkenaan, Ziana membawakan watak Kemboja seorang jururawat misteri.Lebih menyedihkan, dua Pontianak 200 kilogram (kg) pula menjadi mangsa dan terheret dalam tragedi cinta tiga segi.Semua kisah misteri dan seram ini boleh disaksikan dalam filem terbaharu terbitan Primeworks Studios dan Metrowealth membawakan filem Pontianak 200 kg, sebuah kesinambungan yang dinantikan daripada telefilem popular Pontianak 100 kg.
Pontianak 200 kg turut menampilkan Aya Amiruddin sebagai teraju utama juga penampilan sulungnya dalam layar perak.
Filem Pontianak 200 kg menampilkan barisan pelakon hebat seperti lain seperti Dottie, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, serta bakat baharu Malia Baby.Filem ini mengisahkan tentang Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.
Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah hingga menyebabkan ramai penduduk kampung koma.Suhaimi ketika ditemui berkata, filem berkenaan turut mengambil ilham dari beberapa karya Allahyarham Mamat Khalid namun digarap dengan caranya tersendiri.
“Saya akui memang ada mengambil inspirasi dari filem arwah Mamat Khalid kerana saya amat minat dan hormat karya beliau namun saya sesuaikan dengan cara saya.
“Ini juga filem sulung saya dan saya berharap semua pihak memberikan sokongan dan teguran membina kepada saya,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof, Pontianak 200 kg bertujuan untuk memperkayakan lagi genre dalam industri perfileman Malaysia dengan membawa elemen seram komedi yang segar.
Bagi David Teo pula, filem ini adalah bukti komitmen mereka untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Dengan tagline ‘filem komedi paling berat abad ini’ sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 5 September lalu. – THE VOKAL