
Arwah Papa Ada Minta Kerusi Urut – Jaafar Onn Dimata Haiza
Kerusi urut menjadi antara permintaan terakhir arwah Jaafar Onn yang meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini.
Kisah itu dikongsikan penyanyi dan penyampai radio Haiza yang rapat dengan Allahyarham sepanjang bergelar anak seni.
“Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.
“Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.
“Mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa,” katanya.
Haiza berkata dia terkejut dan hilang kata-kata sebaik dimaklumkan berita sedih itu oleh anak angkatnya Hanif.
Demikian kata penyanyi Haiza mengulas kenangan terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn yang meninggal dunia pagi ini.
“Katanya doktor nak buat cpr dsn kita sama-sama berdoa. Memang saya pun rancang nak lawat papa hari ini. Saya oun berjanji dengan ramai kawan artis untuk turut serta.
“Selang 15 minit Hanif beritahu papa dah tiada. Rasa terkilan juga kerana tak sempat bertemu dia. Tapi papa pun faham kerja kita macamana,” katanya.
Menyingkap pengalaman bersama, Haiza menjelaskan hubungannya dengan Allahyarham ibarat anak dan bapa.
“Kami sangat rapat. Sebelum kahwin saya berada dalam karier seawal 15 atau 16 tahun, saya dah kenal dia. Saya belajar untuk jadi seorang pengacara pun dari pemerhatian saya kepada dia.
“Banyaklah ilmu, kebaikan dia, rezeki dia yang diberikan kepada saya. Yang dikongsi kepada orang ramai, semua itu sayalah saksi. Dan dia tak pernah berhenti waktu dia sihat dulu memang aktif.
“Dia ajak saya pergi rumah artis hantar bantuan. Waktu itu saya dapat kenal artis-artis. Itu sebabnya saya kenal artis-artis lama semua dari jasa-jasa dia,” katanya. – THE VOKAL