Amir Ahnaf Lebar Sayap, Bintangi Filem The Parcel Di Sisi Nora Danish Dan Atiqah Hasiholan Di Indonesia
JAKARTA – Berjaya merangkul trofi BBNU Lelaki Popular ABPBH35 baru-baru ini, Amir Ahnaf ketika ditemu bual media memberitahu, dia akan bermastautin selama sebulan di Jakarta, Indonesia.
Menurut Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, pemergiannya ke negara jiran bertujuan untuk mengembangkan bakat lakonannya di sana.
“Alhamdulillah, rezeki tak disangka-sangka. Tawaran untuk filem pertama saya diterima daripada produksi 4WARD Pictures yang berjudul The Parcel.
Tambah peserta Hero Remaja 2021 itu lagi, selain melebarkan sayap ke Indonesia, Amir juga memasang impian agar satu hari nanti dapat berada di set penggambaran filem Hollywood.
“Sebenarnya belum ada tawaran daripada mana-mana pihak dari Hollywood. Cuma itu adalah satu impian yang ingin saya capai jika diizinkan Allah,” ulasnya.
Sementara itu, di samping Nora, Amir merasakan dirinya sangat bertuah memandangkan filem The Parcel turut membariskan beberapa nama terkenal dari Indonesia iaitu Baim Wong, Atiqah Hasiholan, Putri Ayudya dan ramai lagi. – THE VOKAL