Amaran Didi Astillah – “Saya Orang Pertama Mengamuk!”
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah memberi amaran dia akan menjadi orang pertama mengamuk sekira kakaknya itu berbaik dengan suami pelakon Aliff Aziz.
Demikian penegasan pelakon Didi Astillah apabila timbul dakwaan mengenai kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sudah berbaik dengan suaminya Aliff.
Pada masa sama, Didi yang bengang dengan desas-desus bertebaran memaklumkan, kakaknya masih teguh dengan pendirian untuk berpisah.
“Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak, nak berbaik macam mana? Memang nak bercerai,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.
Selain itu, Didi berharap penjelasannya dapat membuatkan netizen berhenti mengecam Bella.
“Mula-mula saya ingat mahu biarkan tetapi apabila sudah ramai sangat (bercakap) saya jadi geram pula.
Susulan kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda dari 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya. – THE VOKAL