Aliran Trafik Mula Sibuk – Lipis Ke Raub Sesak
Aliran trafik dari Lipis menghala ke Raub kembali sesak dengan kenderaan ekoran perantau dari Kelantan yang pulang ke ibu negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Tinjauan mendapati laluan mulai sibuk dari Pekan Dong di sini menghala ke Kampung Sempalit sejauh kira-kira 13 kilometer, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar di susur masuk ke Lingkaran Tengah Utama (LTU) Bypass Raub.
Memetik laporan Kosmo, seorang pengguna jalan raya, Aiman Syakir Ahmad, 40, berkata, dia dan keluarga memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan kira-kira 7 pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Bagi Khairul Fazly Hamidon, 37, dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal pada hari ini kerana akan mula bekerja pada hari esok.