Aliff Syukri Selar Netizen – ‘Kalau Aku Tak Terkangkang, Kau Bukan Nak Tengok Aku!’
Beliau berkata itu realiti sebenar dan kandungan berbentuk hal berkaitan perniagaan semata-mata hanya dipandang sepi.
Lantaran, Aliff mengakui hal itu sekaligus memaksanya sebagai usahawan untuk menghasilkan kandungan sensasi namun terpaksa berdepan dengan kritikan dan kecaman.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkata, orang Malaysia sentiasa ingin melihat kandungan yang kontroversi seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
Pada majlis sama, Aliff mengumumkan bahawa tahun 2024 menjadi tahun terakhirnya sebagai penyanyi dan kini masih disiasat berikutan penerbitan lagu Raya yang dianggap berlawanan dengan budaya dan agama.
Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan peminat yang teris menyokong perniagaannya termasuk beg jenamanya sendiri yang terjual lebih 100,000 unit dalam masa enam bulan. – THE VOKAL